Ketahui Punca Sakit Belakang Semasa Haid

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam kenal semua pembaca...




Kedatangan haid bagi wanita yang normal bukan saja dimulai dengan pendarahan haid, tetapi ia boleh menyebabkan sakit dan rasa tidak selesa di bahagian abdomen, rasa kembung perut dan sakit kepala bagi kebanyakan wanita.

Selain berasa sakit di bahagian bawah perut (suprapubic), ramai wanita yang mengadu mengalami lenguh dan kesakitan pada bahagian tengah pinggang, yang disebut lower back pain.

Ia bermula beberapa hari sebelum atau selepas kedatangan darah haid dan akan hilang selepas beberapa hari. Ia tidak mendatangkan bahaya dan bukan tanda-tanda sebarang masalah besar.

Rasa tidak selesa sebegini selalunya berlaku pada peringkat sederhana, di mana seorang wanita boleh mengabaikannya, tetapi ada wanita yang mengalami kesakitan yang terlalu kuat seingga mengganggu aktiviti seharian.

Jadi apakah punca sakit belakang pinggang ketika haid?

Sakit di bahagian bawah abdomen dan sakit di bahagian belakang selalunya dianggap normal akibat pengeluaran hormone Prostaglandin yang menggalakkan pengecutan rahem untuk mengeluarkan darah haid dalam rahem.

Pengeluaran hormone Prostaglandin yang banyak akan menyebabkan pengecutan rahem secara berlebihan dan ini menyebabkan sakit, bukan saja pada bahagian bawah perut yang kuat,tetapi juga pada bahagian belakang pinggang.

Dalam kebanyakan kes, sakit yang terlalu kuat boleh jadi disebabkan oleh masalah-masalah penyakit puan yang lain yang lebih serius seperti jangkitan kuman (Pelvic Inflammatory Disease), endometriosis dan fibroid.

Tanda-tanda seseorang wanita itu mengalami masalah yang lebih serius adalah apabila seseorang wanita itu mengalami senggugut yang melampau pada setiap bulan, sehingga terpaksa mengambil beberapa hari cuti kerana tidak mampu melakukan kerja.

Saya menasihatkan wanita-wanita seperti ini agar menjalani pemeriksaan doktor bagi mengesan masalah yang lebih serius.

Doktor akan melakukan pemeriksaa fizikal terutama pada bahagia kemaluan untuk memeriksa rahem. Ini termasuk pemeriksaan ultrasound, bagi mendapat gambaran imej struktur rahem di dalam abdomen.

Oleh itu saya mencadangkan agar mencari doctor wanita Muslim agar pemeriksaan dapat dilakukan dengan baik dan aurat dapat dijaga.

Ada beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengelakkan rasa senggugut yang teruk. Antaranya:
  1. Melakukan senaman ringan. Ada beberapa kajian menunjukkan wanita yang melakukan senaman ringan mendapat manfaat kelegaan bagi sakit senggugut yag kuat.
  2. Mengekalkan pemakanan yang seimbang dan sihat, dan mengambil suplemen yang mempunyai nutrisi vitamin B kompleks dan magnesium.
  3. Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 1.5-2 liter dalam sehari.
  4. Boleh tuam menggunakan beg plastic atau beg kulit yang berisi air suam pada bahagian bawah perut bagi mendapatkan kelegaan.
  5. Banyak kajian mendapati bahawa pengambilan ekstrak Kacip Fatimah 30mg beberapa hari sebelum kedatangan haid dapat mengurangkan senggugut yang teruk. https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah
  6. Akhir sekali, boleh mengambil ubat penahan sakit yang ringan seperti acetaminophen dan paracetamol. Jika tidak berkesan, boleh gunakan penahan sakit yang lebih baik seperti ibuprofen atau naproxen, beberapa hari sebelum kedatangan haid.
Artikel asal: Dr.Zubaidi edit MV

Sila klik disini untuk cadangan vitamin bagi anda yg mengalami masalah ini semasa kedatangan haid.

* These statements have not been evaluated by the food and drug administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

  [ http://www.facebook.com/norizaabdulrahman ] atau
direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ]
sms / whatsapp [ 012-2050258 ]
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!!

Labels: , , ,