SPERMA KURANG KUALITI

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam kenal semua pembaca...


Saya sudah mendirikan rumah tangga kira-kira dua tahun yang lalu. Akan tetapi sehingga kini kami belum dikurniakan zuriat. Saya dan suami pernah berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan. Doktor kata sperma suami saya sedikit dan kurang berkualiti. Sebab itu kami masih belum dikurniakan anak. Rakan saya memberitahu bahawa makanan laut boleh tingkatkan kualiti sperma? Benar kah?


Jawapan:
Anda dan pasangan telah mengambil tindakan yang tepat dengan berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kerana anda belum lagi dikurniakan cahaya mata. Hasil pemeriksaan awalan melibatkan kemampuan anda berdua menghasilkan benih dan ujian air mani telah menunjukkan yang suami anda mempunyai bilangan sperma dan kualiti sperma yang kurang.

Pemeriksaan susulan perlu dilakukan dan suami anda perlu menjalani pemeriksaan lanjutan. Pemeriksaan lanjutan termasuklah pemeriksaan fizikal untuk mengenal pasti keadaan alat kelamin dan kandungan kerandut alat kelamin. Seterusnya dia perlu menjalani ujian darah untuk menyukat hormon kesuburan. Jika bermasalah, maka rawatan sewajarnya akan diberikan.


Untuk tujuan itu, suami anda perlu rujuk kepada pakar sakit tuan atau Andrologist atau Pakar Kesuburan yang ada pengalaman dalam mengendalikan masalah kesuburan lelaki. Sementara anda dan suami membuat keputusan untuk berjumpa pakar sakit tuan, anda dan pasangan anda boleh cuba beberapa tip yang sedikit sebanyak boleh membantu mencerahkan peluang anda untuk hamil.


Suami anda perlu pakai seluar dalam yang longgar supaya alat kelaminnya tidak tertambat, senang mengendur dan menarik mengikut keadaan. Buah zakar yang tertambat kerana memakai seluar dalam yang ketat atau seluar yang ketat akan membuatkan sistem kawal suhu dalam kerandut tergendala dan kilang sperma kurang aktif. Suami anda juga perlu elak daripada terdedah kepada situasi panas seperti berendam dalam kolam air panas dan sauna.


Selain itu, jika dia merokok, dia perlu henti merokok kerana bahan kimia dalam asap mengganggu kilang sperma. Selain itu, saya syorkan agar suami anda mengambil suplemen herba daripada ekstrak tongkat ali yang telah terbukti mujarab untuk membantu mengaktifkan kilang sperma.


Anda juga perlu pastikan air mani suami kurang meleleh keluar dari faraj setelah melakukan hubungan kelamin. Posisi dari belakang sesuai untuk pastikan air mani tidak melimpah keluar. Tentang makan makanan laut pula, tiram dikatakan mengandungi essential fatty acids yang membantu menyegarkan sperma. Tapi, jangan melengahkan diri daripada berjumpa pakar sakit tuan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjutan.


TIP MENDAPATKAN SPERMA BERKUALITI TINGGI

Walaubagaimanapun, sebagai panduan anda, berikut merupakan di antara vitamin/ suplemen/ pemakanan tambahan yang baik untuk kesuburan suami isteri. Apakah vitamin kesuburan ini, dan bagaimanakah fungsinya kepada sistem reproduksi kita?

Vitamin Asas (Family Wellness Set):



*ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

(1) ESP (Protein) - Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain2.

(2) Vita-Lea (Multivitamin) - Multivitamin lengkap dengan Iron formula, untuk keperluan badan.

(3) Vitamin C - Bantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen & progesteron.

(4) B-Complex - Memberi tenaga, perasaan tenang & no stress.

Vitamin Kesuburan:




(5) Vitamin E & Selenium - Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.


(6) Zinc Complex - Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA(Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.


Disclaimers* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  

Nak order dgn HOTT PRICEEEE?
Jamin harga meletoppp!
^_^



maklumat lanjut, boleh PM Nord di page Miracle Vitamins   
  http://www.facebook.com/norizaabdulrahman ] atau     
direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ] 
  sms / whatsapp [ 012-2050258 ]    
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!! 

Labels: , , , , , , ,