NUTRISI UNTUK OTAK

Otak kanak-kanak memerlukan nutrien yang cukup agar dapat berfungsi secara optimum. Pada peringkat awal usia, otak kanak-kanak berkembang dengan begitu pesat. Hasilnya, pada usia lima tahun, perkembangan otak mereka sudah mencapai 90% dan kadar tersebut sangat berkait rapat dengan pemakanannya. Untuk perkembangan otak, ada beberapa nutrisi penting yang diperlukan. Antaranya ialah, DHA (asid dokosaheksaenoik), zat besi, zink dan asid folik.

1. DHA
DHA  merupakan sejenis lemak omega-3 yang boleh ditemui dalam sel setiap tubuh. DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Kajian yang dijalankan oleh  Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA) mendapati kanak-kanak berusia enam bulan sehingga dua tahun memerlukan sebanyak 100mg DHA untuk perkembangan otak mereka.

DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron  yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung. Memberi anak diet harian yang kaya dengan  DHA akan menjadikannya lebih fokus dan dapat memberi penuh  tumpuan ketika bermain  dan belajar. Antara makanan yang mengandungi DHA ialah ikan, telur dan ayam.
Di Shaklee kami menggelarkan suplemen minyak ikan sebagai Omegaguard Shaklee...


Kenapa memilih Omegaguard Shaklee??





2. Zat Besi
Zat besi sangat penting untuk memudahkan pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah dan mencegah anemia. Ketahuilah bahawa otak kanak-kanak sensitif terhadap paras zat besi yang rendah. Kekurangan zat besi yang berlaku di kalangan kanak-kanak boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Pada masa yang sama, kekurangan tersebut turut menyebabkan mereka hilang tumpuan, wujud simptom Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), pucat dan lesu. Penyelidik mendapat zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmitter di dalam otak. Sumber makanan yang kaya dengan zat besi ialah daging merah, hati, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe.


3. Zink
Zink penting untuk fungsi otak yang betul dan kekurangan zat besi dikaitkan dengan kelemahan kognitif. kekurangan zink akan menyebabkan tumbesaran kanak-kanak terbantut, penurunan fungsi imuniti dan kurang selera makan. Daging dan makanan laut adalah sumber terbaik zink. Kekacang, germa gandum, bijirin penuh, makanan laut dan  daging mempunyai kandungan zink yang tinggi.


4. Asid folik
Asid folik yang juga dikenali dengan folate merupakan mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan sempurna bagi seseorang kanak-kanak. Asid ini penting bagi pembinaan DNA dalam setiap sel. DNA berperanan sebagai penyimpan maklumat bagi sel tersebut. Kanak-kanak yang kekurangan asid folik akan letih, lesu, kurang tumpuan, cepat marah dan pelupa. Sayur-sayuran hijau adalah sumber asid folik yang terbaik.


Ideal untuk Anak Anda....Vita-Lea for Children Chewable


Kaya dengan kebaikan tulen, Vita-Lea untuk kanak-kanak dipek dengan 19 vitamin dan mineral penting termasuk kalsium, magnesium dan banyak lagi bagi membantu menyokong tulang yang kuat dan badan yang sihat.


* These statements have not been evaluated by the food and drug administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


maklumat lanjut, boleh PM Nord di page Miracle Vitamins   
  http://www.facebook.com/norizaabdulrahman ] atau     
direct emel, [ nord.miraclevitamins@gmail.com ] 
  sms / whatsapp [ 012-2050258 ]    
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog miraclevitamins.blogspot.com!!

Labels: , , ,